March 23, 2009 at 7:23 am (ILMIAH)
Pengalaman membina kekuatan yang memerlukan banyak usaha yang gigih.
Pensyarah kuliah – Prof Dr Haji Su’aidi sedang memberi komen selepas selesainya sesi pembentangan berkumpulan dalam tajuk “Teknologi Pendidikan dan Aplikasinya di Negara Brunei Darussalam”. Perkara yang banyak disentuh ialah berhubung dengan keterampilan semasa pembentangan baik dari segi cara pengolahan, penyampaian, kriteria yang perlu ada semasa pembentangan walhal perkara yang mungkin tak seberapa bagi kita akan cukup diambil perhatian oleh audien..
Leave a Comment
March 23, 2009 at 6:55 am (ILMIAH)

Pembentangan berkumpulan terdiri dari me, Hjh Noraidah and my friends Hjh Norsiah n Hjh Safiah yang lalu berkisar dengan topik “Teknologi Pendidikan dan Aplikasinya di Negara Brunei Darussalam” Alhamdulillah dengan adanya kerjasama dan komitmen semua, segala perlaksanaan berjalan dengan lancar biarpun ada kekurangan yang perlu ditokok tambah dalam banyak hal. Memang perkara ini kita jadikan sebagai peningkatan diri dari segi kualiti persembahan dan penerokaan banyak ilmu yang perlu ada dengan topik perbincangan. Dan itu suatu hal yang perlu diambil perhatian dan bukannya setakat untuk mendengar komenter-komentar dan berlalu begitu sahaja. Suatu perkara yang leceh atau remeh temeh bagi kita rupanya mengambil peranan yang penting dalam perlaksanaan pembentangan misalnya berdiri kaku hehe.. penggunaan bahasa, penggunaan pointer yang tidak betul, masalah…. dot..dot..dot..dot.. hehe sikit lagi, mau komen seterusnya??? Sila hubugi pembentang-pembentang yang berkelibar di atas hehe.. Tapi komen yang membina ada juga, seperti kata Prof baik dalam penyediaan grafik n lain-lain lagi.
Apa-apapun kami cukup berterima kasih kepada Professor Dr HJ Su’iadi selaku pensyarah pembimbing dalam pembentangan ini dan juga kepada kawan-kawan semua sebagai audience dan memberi komenter-komenternya.. Kami cukup tension juga sebelumnya takut apa yang disediakan tidak menepati apa yang dikehendaki.. dan berlalunya pembentangan ini pada petang 12 Mac 2009, kami terus raikan dengan makan ambuyat bersama-sama di sebuah restaurant.. hehe…
1 Comment
March 22, 2009 at 11:45 am (ILMIAH)

Dua elemen penting; prinsip kasih sayang dan hormat menghormati antara menjadi fokus utama titah KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW pada tahun 1430H /2009M.
“Kita hidup harmoni dan aman damai adalah kerana kasih sayang. Kita teguh dan bersatu padu adalah kerana amalan hormat menghormati sesama sendiri. Inilah punca rahmat Allah kepada kita. Kita telah mengamalkan ‘Hablun Minannas’ iaitu menjaga hubungan dengan sesama manusia, di samping memelihara dengan kuatnya ‘Hablun Minallah’ iaitu hubungan dengan Allah, dalam makna sentiasa membuat ketaatan” TitahBaginda.
Dalam meniti kedewasaan bernegara, kita jangan sekali-kali membelakangki hukum Allah dan Rasul dalam apa jua keadaan. Oleh itu disamping dua elemen di atas, setiap individu juga perlu memiliki akidah yang kukuh bagi menghambat pelbagai penyakit moral dan cabaran semasa. Pendik kata biarlah kita semua, besar damit menjadikan segala prinsip yang disebutkan itu tadi menjadi pakaian sehari-hari dalam mengurus kehidupan kita selaku individu muslim dan kepada Keluarga dan Negara.
Perarakan Maulud di Seluruh Negara berlangsung pada 9 Mac 2009 yang lalu.
Leave a Comment
March 7, 2009 at 12:56 am (ILMIAH)
Selamat Menyambut Maulidurrasul kepada semua umat Islam khususnya dibumi tanahair kita.. sambut lah dengan penuh penghayatan dan selawat ke atas Nabi junjungan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alai wassalam..
Leave a Comment