“Budaya ilmu”

Resensi sebuah buku bertajuk “Budaya Ilmu” ditulis oleh Prof  Dr Wan Mohd Nor Wan Daud, pembentangan pada hari Khamis, 02 April 2009  dalam kuliah Sejarah Falsafah Pendidikan Islam (Dr Hj Gamal Nasir), UBD.

Komen dari Prof bagi Group “B”

Selepas kuliah..

Bak kata kajah sapiah ‘Perjuangan kecil’ .. nah ani rakaman selepas perjuangan kecil,  kuliah Sejarah dan Falsafah Pendidikan Islam (PI 5402) – Pensyarah: Dr Haji Gamal Abdul Nasir. Gembira selepas dari pembentangan kedua rakan secara bergilir-gilir pada 26 Mac 2009 bukan apa ngam lagi birthday hehe.. n seterusnya satu-satunya kedua hero kuliah nampak dalam persiapan mereka untuk pembentang sebelah petang dalam kuliah Teknologi Pendidikan Pengajian Islam (PI 5403) – Prof Madya Dr Hj Su’aidi, berkisar dalam topik  ” Perisian Komputer dan Aplikasi ICT Dalam Pengajaran Islam”.. kita nantikan..

Komen dari Pensyarah kuliah Prof Madya Dr Hj Su’aidi

dsc0122510Pengalaman membina kekuatan yang memerlukan banyak usaha yang gigih.

Pensyarah kuliah – Prof Dr Haji Su’aidi sedang memberi komen selepas selesainya sesi pembentangan berkumpulan  dalam tajuk “Teknologi Pendidikan dan Aplikasinya di Negara Brunei Darussalam”. Perkara yang banyak disentuh ialah berhubung dengan keterampilan semasa pembentangan baik dari segi cara pengolahan, penyampaian, kriteria yang perlu ada semasa pembentangan walhal perkara yang mungkin tak seberapa bagi kita akan cukup diambil perhatian oleh audien..   

 

Group B Presentation..

gambar-depan-prest-tp5

Pembentangan berkumpulan  terdiri dari me, Hjh Noraidah and my friends Hjh Norsiah n Hjh Safiah yang lalu berkisar dengan topik “Teknologi  Pendidikan dan Aplikasinya di Negara Brunei Darussalam” Alhamdulillah dengan adanya kerjasama dan komitmen semua,  segala perlaksanaan berjalan dengan lancar biarpun ada kekurangan yang perlu ditokok tambah dalam banyak hal. Memang perkara ini kita jadikan sebagai peningkatan diri dari segi  kualiti persembahan dan penerokaan  banyak ilmu  yang perlu ada dengan topik perbincangan.  Dan itu suatu hal yang perlu  diambil perhatian dan bukannya setakat untuk mendengar komenter-komentar dan berlalu begitu sahaja. Suatu perkara  yang leceh  atau remeh temeh bagi kita rupanya mengambil peranan yang penting dalam perlaksanaan pembentangan misalnya berdiri kaku hehe.. penggunaan bahasa, penggunaan pointer yang tidak betul, masalah…. dot..dot..dot..dot.. hehe sikit  lagi, mau komen seterusnya??? Sila hubugi pembentang-pembentang yang berkelibar di atas hehe.. Tapi komen yang membina ada juga, seperti kata Prof  baik dalam penyediaan grafik n lain-lain lagi.

Apa-apapun kami cukup berterima kasih kepada Professor Dr  HJ Su’iadi  selaku pensyarah pembimbing dalam pembentangan ini dan juga kepada kawan-kawan semua sebagai  audience dan  memberi komenter-komenternya.. Kami cukup tension juga sebelumnya takut apa yang disediakan tidak menepati apa yang dikehendaki.. dan berlalunya pembentangan ini pada petang 12 Mac 2009,  kami terus raikan dengan makan ambuyat bersama-sama di sebuah restaurant.. hehe… 

 

Kasih sayang dan saling hormat menghormati..

hismajesty1

Dua elemen penting; prinsip kasih sayang dan hormat menghormati antara menjadi fokus utama titah KDYMM Paduka  Seri Baginda Sultan sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW pada tahun 1430H /2009M. 

“Kita hidup harmoni dan aman damai adalah kerana kasih sayang. Kita teguh dan bersatu padu adalah kerana amalan hormat menghormati sesama sendiri. Inilah punca rahmat Allah kepada kita. Kita telah mengamalkan ‘Hablun Minannas’ iaitu menjaga hubungan dengan sesama manusia, di samping memelihara dengan kuatnya ‘Hablun Minallah’ iaitu hubungan dengan Allah, dalam makna sentiasa membuat ketaatan” TitahBaginda.

Dalam meniti kedewasaan bernegara, kita jangan sekali-kali membelakangki hukum Allah dan Rasul  dalam apa jua keadaan. Oleh itu disamping dua elemen di atas, setiap individu juga perlu memiliki akidah yang kukuh bagi menghambat pelbagai penyakit moral dan cabaran semasa.  Pendik kata biarlah  kita semua, besar damit menjadikan segala prinsip yang disebutkan itu tadi  menjadi pakaian sehari-hari dalam mengurus kehidupan kita selaku individu muslim dan kepada Keluarga dan Negara. 

Perarakan Maulud  di Seluruh Negara berlangsung  pada 9 Mac 2009 yang lalu.

Selamat menyambut Maulidurrasul 1430H / 2009M

Skyline of Bandar Seri Begawan   بندر سري   بگاوان
Selamat Menyambut Maulidurrasul kepada semua umat Islam khususnya dibumi tanahair kita.. sambut lah dengan penuh penghayatan dan selawat ke atas Nabi junjungan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alai wassalam..

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!